Tuesday 20 January 2015

Disebalik Seni Wayang Kulit

Salam semua, sudah lame tak update blog ni. Alhamdulillah dah tahun akhir di UTM, Skudai. Sekarang tengah cuti sem, so boleh la update blog ni..hihi

ok, hari ni nak cerita pasal wayang kulit, pelikkan tiba-tiba cakap pasal wayang kulit..haha. wayang kulit ini bukan sebarang mainan tau..hihi

tadaaa...100% dari Saljiah Craft tau..hihi

Tempahan lukisan canvas dari tahun lepas lagi ni. Hari ini baru nak update,huhu.. tempahan ini pelanggan dari Kota Kinabalu, Sabah untuk diberi kepada pelancong yang datang ke Malaysia. First time, menerima tempahan lukisan banyak kali juga fikir nak terima atau tak tempahan ini dan agak mencabar juga..hihi. tema yang ditengahkan berkongsep kemelayuan. 

Nasib baiklah, Sal suka melukis dari bangku sekolah lagi, boleh dipraktikkan masa tu. banyak hari juga, nak fikir nk lukis apa dan lakaran yang sesuai. Jadi tercetuslah ideal untuk lukis wayang kulit dan wau. pelanggann inginkan pantun sekali dalam bahasa melayu dan english.



Pemilihan warna yang diguna juga penting dan Sal menggunakan cat dan sharpie sebagai gabungan warna untuk lukisan. campuran warna emas dan perak menjadi warna utama bagi wayang kulit supaya lebih nampak  'real'.


Bahagian pantun paling rumit sebab tulisannya yang kecil dan halus. Nak guna berus cat tak boleh sebab tebal, so sal guna pen sharpie .Selain itu, Sal memilih gabungan warna biru dan ungu bagi latarbelakang lukisan ini. 

Lukisan ini, Sal buat masa di Utm,Skudai. Hujung minggu sal cuba siapkan  tempahan ini,cat dan canvas sal beli kat sana. Alhamdulillah dah selamat terbang ke Sabah.

Komen pelanggan Saljiah Craft =)





Sal terima segala komen supaya dapat meningkatkan mutu dan kualiti Handmade Saljiah Craft. Serta kepercayaan anda terhadap Saljiah Craft, Terima Kasih  =)

Jika berminat, sila pm di page Saljiah Craft..=)




3 comments:

  1. kita tak pernah tengok pun wayang kulit. kesian kann. hahah :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh..tape2.=), boleh tgk kat youtube...hihihi
      mase sy kecik2 dulu ade jg org main wayang kulit kat kampung. skrg susah nak tgk event wayang kulit ni lagi dah. huhuhu

      Delete

Jom order

Name:
Email Address:
Handphone Number
Address
Item and Requests
Payment Options

Get your own free form like this one.