Sunday, 25 January 2015

Menang Dalam Pertandingan Tapi Kelakar

Salam, blogger sekalian. hari ini tak update pasal kraf yew. Hari ini nak cerita pasal kemenanganku dalam satu pertandingan kraf di laman blog kraf. Dan kat situ juga geng kraf berkumpul, nak buat gathering, pertandingan dan lain-lain .Tapi Sal membuat kad ucapan tau, bukan kraf felt. Pertandingan ini mengikut tema iaitu "Fashion Colour Inspired". Sal dah redha tak kisah menang atau kalah. Alhamdulillah Sal menang...hihihi




Kaedah yang sal guna untuk buat kad ini dipanggil "Quiling". Quiling ini macam gulung-gulung kertas dan tampal pada kad. Ditambah dengan aksesori skit.

Inilah kad yang sal buat untuk pertandingan tu (100% handmade by Saljiah Craft)

Tapi yang sedihnya, baru Sal sedar yang pemenang bagi pertandingan tu dah lama..hahaha. Dan pertandingan tu bukan tahun lepas, tapi 2 tahun lepas iaitu edisi bulan Jun sehingga Julai tahun 2013, Aduh,lamanya. Semalam "blogwalking" kat blog kraf, tiba-tiba ada nama Sal kat situ, zaman bila ni...hahaha

Tak tahu la nak cakap sedih atau gembira, suka sorang-sorang. Tapi tak apa lah, kesilapan sendiri juga sebab tak check dan update. Yang pasti email pada mereka untuk tuntut hadiah. Hadiah untuk pertandingan ini dapat menangi set barangan kraf.

Jika berminat untuk tempahan "wedding guest book" atau kad ucapan boleh pm di page Saljiah Craft.
Sekian terima kasih.

17 comments:

  1. Tahniah. Tp dpt ke claim hadiah tu? Sedih plak rasa. Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq =)
      InsyaAllah dpt, dh email dah..hihi

      Delete
  2. alahai dh 2tahun baru terdetik nk check ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah..hahaha
      niat join pertandingan, saje2 jew, xsangka menang..huhu

      Delete
  3. Ada orang join giveaway saya pon tak claim hadiah lg... burn je la..Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu tak leh nak buat ape dah..hahaha.
      dah nasib badan..hihi

      Delete
  4. Kreatifnya..ni sesuai nak buat subject seni dengan anak-anak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..=)
      sesuai sangat kak untuk aktiviti kanak-kanak.

      Delete
  5. Adeh...kalau ada rezeki tak kan kemana...hihi..cik akak lama tak menang apa2 sebab lama dah tak join apa 2 pertandingan..kiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi
      ni pun nasib jew ni. mula-mula malas jg nk join..hahaha

      dah ade mood nanti join la. =)

      Delete
  6. lahh dh lama dh... boleh claim tak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, boleh kot..
      sy dh email.
      sy redha jew, kalau xtak boleh..huhu

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete

Jom order

Name:
Email Address:
Handphone Number
Address
Item and Requests
Payment Options

Get your own free form like this one.