Sunday, 5 July 2015

Cari Kerja Sambil Berniaga

Assalamualaikum...

Lama tidak bercoleteh kat blog..huhuhu. Alhamdulillah baru habis pengajian dalam bidang Civil Engineering di UTM,Skudai. InsyaAllah akan konvo dalam bulan 9 atau 10 tahun ini.


Alhamdulillah, siap juga Projek Tahun Akhir...weeee

Dalam otak pemikiran masih berfikir untuk berkerja atau berniaga. Sal dari dulu minat berniaga..hihihi. InsyaAllah rezeki ada dimana-mana asal kita berusaha dan halal.

Dengan ini, Sal buka tempahan untuk totebag, plushie, handphone case, flower bouquet dan lain-lain. Sesiapa yang ada instagram boleh follow SaljiahCraft...hihihi.



Wednesday, 4 February 2015

Tempahan Monster Plushie

Salam,blogger sekalian..lama tak update blog ni. Sal sibuk siapkan tempahan dan kumpulkan stok. Hari ini update pasal  " monster plushie". Makin bertambah anak-anak monster ini..haha.

Sekarang Sal tengah cari "vendor butik" yang sesuai. Kalau korang tahu butik mana yang tengah cari vendor, boleh komen kat bawah. perhargaan anda amat dihargai =)...hihi


Jom belanja gambar dekat sikit..hihi


harga lain-lain mengikut saiz dan rekaan


monster ini dari planet marikh..haha


kalau anda ingin buat tempahan:
boleh whatsapp: 014-8188020 (sal)
atau pm page sal: Saljiah Craft

Harga: RM20 sahaja ( 1pcs)





Saturday, 31 January 2015

Tempahan Ring Pillow

Salam blogger sekalian. Hari ini nak update pasal "Ring Pillow"...hihi. Biasa digunakan untuk majlis akad nikah dan pertunangan . Rekaan yang Sal buat ini simple dan menarik. Dan tak terlalu serabut, ala-ala "garden" gitu..hihihi


Cincin sekadar hiasan

Warna digunakan hijau gelap digabungkan dengan riben pink gelap dan Sal menggunakan kain putih sebagai latar belakang.

Available
Bahan: Felt dan Belacu
Harga: RM 20 
Saiz : 12cm x 12cm

Jika berminat untuk buat tempahan: boleh pm di page Saljiah Craft atau whatsapp Sal.
Sekian Terima Kasih..



Friday, 30 January 2015

Jom join Giveaway Ini

Salam, blogger sekalian. Jom join Giveaway ni. Sal jadi sponsor untuk GA ini. Tempoh GA ini selama seminggu sahaja. So, cepat dapat umum pemenang..hihi. Jangan lupa join, rugi tak join tau. nak tahu hadiah apa Sal sponsor, "Click" dibawah.


Click disini untuk join GA:



Sekian Terima Kasih..

Jom follow instagram, misi exchange

Salam, blogger sekalian. Hari ini sal nak update pasal instagram. Sal baru buka instagram, asyik tertangguh jew, Alhamdulillah Sal dah ada instagram untuk Saljiah Craft. Jom ramai-ramai follow instagram, nanti Sal follow back yew..hihi


Gambar tak banyak lagi ni..hihi

Baru semalam rasmi,hihi..Jangan lupa follow ok..
Instagram : @saljiahcraft 

Sekian Terima Kasih..=)

Thursday, 29 January 2015

Hadiah Plushie Untuk Sponsor

Salam, blogger sekalian. kemarin tak update sebab tengah siapkan hadiah untuk sponsor. Nak tahu apa, Sal buat "plushie monster". Ini adalah salah satu hadiah yang diberi sebagai hadiah "Giveaway". Jangan lupa join nanti tau. Mana la tahu, kot-kot dapat hadiah ni.

Jom kita lihat secara dekat, macam mana proses untuk buat "plushie monster" ini.



Mula-mula Sal lakarkan dahulu "monster" dan memilih warna yang sesuai. Sal memilih warna merah sebagai warna utama. Warna tambahan, menggunakan pensel warna pink dan satu lagi merah lembut(tak tahu nak tulis warna apa...hihihi


Selepas itu, kita potong kain mengikut lakaran. Inilah hasilnya selepas potong. Akhir sekali, Sal menjahit menggunakan tangan sahaja.


Tadaa..dah siap
Mr.Blind Monster


 Mr.Bean Monster

Jika ada yang ingin menempah:

Harga: RM 20 shj (1 unit)
Lakaran dan rekaaan boleh diubah mengikut pelanggan..
Boleh pm terus ke page Saljiah Craft.

Sekian Terima Kasih..

Monday, 26 January 2015

Mencari GA untuk sponsor hadiah

Salam blogger sekalian, hari ni Sal nak beritahu yang Sal nak sponsor barang kraf untuk apa-apa peraduan Giveaway, sesiapa yang ingin buat GA dan tengah cari sponsor boleh pm di page Saljiah Craft.

Hadiah yang sal ingin sponsor mestilah barangan kraf, tapi hadiah yang ini lain sedikit. Nak tahu apa hadiah apa, tunggu. Nanti sal uploadkan.

Nak belanja korang dengan lukisan ini kat bawah. Jangan lupa tinggalkan link anda untuk blogwalking.



Mystery of Rabbit

Hijab

Sekian Terima Kasih ..^_^

Jom order

Name:
Email Address:
Handphone Number
Address
Item and Requests
Payment Options

Get your own free form like this one.