Kaedah yang sal guna untuk buat kad ini dipanggil "Quiling". Quiling ini macam gulung-gulung kertas dan tampal pada kad. Ditambah dengan aksesori skit.
Inilah kad yang sal buat untuk pertandingan tu (100% handmade by Saljiah Craft)
Tapi yang sedihnya, baru Sal sedar yang pemenang bagi pertandingan tu dah lama..hahaha. Dan pertandingan tu bukan tahun lepas, tapi 2 tahun lepas iaitu edisi bulan Jun sehingga Julai tahun 2013, Aduh,lamanya. Semalam "blogwalking" kat blog kraf, tiba-tiba ada nama Sal kat situ, zaman bila ni...hahaha
Tak tahu la nak cakap sedih atau gembira, suka sorang-sorang. Tapi tak apa lah, kesilapan sendiri juga sebab tak check dan update. Yang pasti email pada mereka untuk tuntut hadiah. Hadiah untuk pertandingan ini dapat menangi set barangan kraf.
Jika berminat untuk tempahan "wedding guest book" atau kad ucapan boleh pm di page Saljiah Craft.
Sekian terima kasih.


