Salam, blogger sekalian. Hari ini sal nak update pasal instagram. Sal baru buka instagram, asyik tertangguh jew, Alhamdulillah Sal dah ada instagram untuk Saljiah Craft. Jom ramai-ramai follow instagram, nanti Sal follow back yew..hihi
Friday, 30 January 2015
Thursday, 29 January 2015
Hadiah Plushie Untuk Sponsor
Salam, blogger sekalian. kemarin tak update sebab tengah siapkan hadiah untuk sponsor. Nak tahu apa, Sal buat "plushie monster". Ini adalah salah satu hadiah yang diberi sebagai hadiah "Giveaway". Jangan lupa join nanti tau. Mana la tahu, kot-kot dapat hadiah ni.
Jom kita lihat secara dekat, macam mana proses untuk buat "plushie monster" ini.
Mula-mula Sal lakarkan dahulu "monster" dan memilih warna yang sesuai. Sal memilih warna merah sebagai warna utama. Warna tambahan, menggunakan pensel warna pink dan satu lagi merah lembut(tak tahu nak tulis warna apa...hihihi
Selepas itu, kita potong kain mengikut lakaran. Inilah hasilnya selepas potong. Akhir sekali, Sal menjahit menggunakan tangan sahaja.
Tadaa..dah siap
Mr.Blind Monster
Mr.Bean Monster
Jika ada yang ingin menempah:
Harga: RM 20 shj (1 unit)
Lakaran dan rekaaan boleh diubah mengikut pelanggan..
Boleh pm terus ke page Saljiah Craft.
Sekian Terima Kasih..
Monday, 26 January 2015
Mencari GA untuk sponsor hadiah
Salam blogger sekalian, hari ni Sal nak beritahu yang Sal nak sponsor barang kraf untuk apa-apa peraduan Giveaway, sesiapa yang ingin buat GA dan tengah cari sponsor boleh pm di page Saljiah Craft.
Hadiah yang sal ingin sponsor mestilah barangan kraf, tapi hadiah yang ini lain sedikit. Nak tahu apa hadiah apa, tunggu. Nanti sal uploadkan.
Nak belanja korang dengan lukisan ini kat bawah. Jangan lupa tinggalkan link anda untuk blogwalking.
Mystery of Rabbit
Hijab
Sekian Terima Kasih ..^_^
Sunday, 25 January 2015
Menang Dalam Pertandingan Tapi Kelakar
Salam, blogger sekalian. hari ini tak update pasal kraf yew. Hari ini nak cerita pasal kemenanganku dalam satu pertandingan kraf di laman blog kraf. Dan kat situ juga geng kraf berkumpul, nak buat gathering, pertandingan dan lain-lain .Tapi Sal membuat kad ucapan tau, bukan kraf felt. Pertandingan ini mengikut tema iaitu "Fashion Colour Inspired". Sal dah redha tak kisah menang atau kalah. Alhamdulillah Sal menang...hihihi
Kaedah yang sal guna untuk buat kad ini dipanggil "Quiling". Quiling ini macam gulung-gulung kertas dan tampal pada kad. Ditambah dengan aksesori skit.
Inilah kad yang sal buat untuk pertandingan tu (100% handmade by Saljiah Craft)
Tapi yang sedihnya, baru Sal sedar yang pemenang bagi pertandingan tu dah lama..hahaha. Dan pertandingan tu bukan tahun lepas, tapi 2 tahun lepas iaitu edisi bulan Jun sehingga Julai tahun 2013, Aduh,lamanya. Semalam "blogwalking" kat blog kraf, tiba-tiba ada nama Sal kat situ, zaman bila ni...hahaha
Tak tahu la nak cakap sedih atau gembira, suka sorang-sorang. Tapi tak apa lah, kesilapan sendiri juga sebab tak check dan update. Yang pasti email pada mereka untuk tuntut hadiah. Hadiah untuk pertandingan ini dapat menangi set barangan kraf.
Jika berminat untuk tempahan "wedding guest book" atau kad ucapan boleh pm di page Saljiah Craft.
Sekian terima kasih.
Saturday, 24 January 2015
Sushi sebagai permainan kanak-kanak
Salam blogger sekalian, semalam ade mood nak edit skit blog dan baru tahu pasal nuffnang..huhu. Sekarang baru letak iklan kat blog Sal ni, agak ketinggalan juga la. Tape la, masih proses pembelajaran
Hari ini Sal sudah menyiapkan jahitan kraf sushi. Proses menjahit mengambil masa yang lama disebabkan bentuknya 3D dan semestinya hanya menggunakan jahitan tangan sahaja. Permainan ini sesuai dimainkan bagi kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas.
Siap ade name lagi setiap sushi..hihi..
Tamagoyaki Sushi (Pulut dan Telur)
Available
Futomaki Sushi (Sushi yang biase kite lihat)
Available
Kamaboko Kani Sushi (pulut dan ketam)
Available
Selamat Menjamu selera
Permainan ini boleh dibuka
Jika anda berminat, dengan hasil kerja saya boleh pm terus page Saljiah Craft melalui facebook untuk pertanyaan dan tempahan..
sekian terima kasih,...=)
Friday, 23 January 2015
Keychain Totoro dari Malaysia
Hari ni nak citer pasal, Totoro binatang tak tahu spesies ape...hahaha. yang pasti comeellll sangat..hihi. Bahasa Jepun cakap kawaiiiii..=)
Ade sape2 layan tak citer Totoro ni, yang pasti citer ni mengisahkan dua orang adik beradik bertemu dengan sejenis binatang yang bernama Totoro. binatang ni tak bercakap, diam jew..macam tak ade perasaan..haha
Inilah Totora yang comel tu..hihi.
Daripada Animasi Sal buat keychain Totoro yang pasti 100% handmade by Saljiah Craft.
Ini bab menjahit tau..hihi. tak guna mesin jahit.
Adik beradik kembar Totoro.
Masih Available
Yang ni anak Sulung Totoro...haha
Yang jenis layan Anime Jepun, mungkin tahu citer ni. Cerita ini famous juga tau. Sal suka bab bagi payung kat Totoro, comel giler dah la besar, payung pulak kecik. mase ni diorang tengah tunggu bas, nak tahu bas ape?? kena layan citer ni..hihihi..
Kalau anda berminat untuk menempah keychain yang pelbagai rekaan. boleh pm terus di page Saljiah Craft =)
Sekian Terima Kasih.......
Thursday, 22 January 2015
Senarai Nama Burung Hantu Harry Potter
Sebelum nak start menjahit, nak update blog dulu..hihi. ok ari nak citer skit pasal nama- nama burung Hantu yang ada di dalam cerita Harry Potter.
Sambil-sambil siapkan burung hantu untuk keychain ni, duk fikir juga nak letak nama. Tiba-tiba, teringat Hedwig dalam Harry Potter tu..hahaha
Jom kita lihat, nama lain bagi burung hantu yang turut berlakon dalam citer Harry Potter.
100% handmade by Saljiah Craft
Hedwig( Harry Potter)
Available
100% handmade by Saljiah Craft
Hermes( Percy Weasley)
Available
100% handmade by Saljiah Craft
Errol (Keluarga Weasley)
Available
100% handmade by Saljiah Craft
Pigwidgeon (Ron Weasley)
Available
100% handmade by Saljiah Craft
Tak ade tuan...hihi
Masih Available
Kalau anda berminat dengan keychain burung hantu ini atau ingin buat tempahan. Jangan segan silu pm di ruang page Saljiah Craft.
Sekian Terima Kasih...=)
Subscribe to:
Posts (Atom)
























