Saturday, 15 October 2016

Tips pemasaran di instagram

Assalamualaikum,semua. Lama tak update blog dah bersarang dah..huhuhu. Alhamdulillah hari ni sal agak sibuk dengan bisnes kraf di instagram. Pelanggan tak putus-putus wasap atau DM di instagram nak tempah bag. Sesiapa yang belum follow instagram sal, boleh folllow ye =)

 Instagram sal: @saljiahcraft 

Buat masa sekarang sal lebih fokus jualan di instagram berbanding di facebook @ blog. Jadi sal boleh ceritalah tips pemasaran yang sal gune di instagram. Sesiapa yang berniaga lama atau masih baru dalam perniagaan online, insyaAllah perkongsian ilmu ini dapat membantu.

Antara tipsnye:-

1) Gambar mesti cantik




Instagram ni tempat orang kongsikan gambar lawa dan photoshoot yang gempak. kalau anda perasan IG yang popular dan followers ramai tu semuanya gambar cantik. Orangnya cantik, makeup, baju semua bende lah cantik, padahal kehidupan realiti biasa-biasa sahaja. Jadi, perniagaan yang ada produk tu perlulah ambil gambar dengan sudut yang sesuai. Janganlah ambil gambar atas tilam atau lantai, menyebabkan pandangan pertama pelanggan pada nilai produk anda jadi "low". Bila hari- hari kita "update" gambar yang gempak dan cantik, hari-hari pengunjung nak singgah IG anda. Sal lebih suka background gambar produk berwarna putih, macam gambar di bawah.


 Berlatarkan warna putih adalah jalan terbaik untuk menonjolkan produk anda. Nampak bersih dan sedap mata memandang =).

2) Iklan  





JANGAN KEDEKUT keluarkan modal untuk iklan kerana itu benda penting dalam pemasaran. Sekiranya nak followers yang bermutu dan aktif perlulah keluarkan modal sikit. Kalau bajet tak ada, iklan yang murah pun ada untuk anda. Mula-mula sal buat iklan Rm10 sahaja, selepas tu Rm20 sehingga Rm50. Alhamdulilah,sekarang sal bajetkan untuk iklan Rm200 sehingga  RM300 sebulan. Jadi JANGAN KEDEKUT nak buat iklan ye. 

Iklan sal guna di instagram ialah "paid review" & "gift review".Tetapi, sal dah stop buat "gift review" disebabkan banyak masalah, ada barang tak sampai dan kene tipu pun ada senyap macam tu je. 

Paid review antara iklan yang sal selalu buat setiap bulan, kecuali tempahan dah penuh. Paid review ni anda kena berhati-hati ye, kat instagram ni ada followers yang "fake" tau. Sebab tu ada yang mat salleh @ bangsa lain yang like gambar kita. kecuali produk yang anda  nak pasarkan ke luar negara jadi, ini tak ada masalah. 

Cara-cara nak check followers yang "fake"
  • Jangan tertipu dengan gambar like yg beratus2 tu,cuba check dahulu.
  • Check siapa yang like gambar tuan tanah instagram(paid review) itu. Ramai orang Malaysia @ Mat salleh takpun bangla...huhuhu

Walaupun harga yang murah,tapi followers yang "fake" tak guna juga. Anda juga rugi. Jadi berhati-hati ye jangan sampai tertipu sebab ada yang berniaga paid review ni untuk dapat keuntungan semata-mata.

3) # Hashtag


Hashtag  adalah medium iklan yang percuma untuk peniaga online di instagram, rugi korang tak buat hasthtag ni. Tetapi, jangan la buat hashtag yang panjang berjala tu. Kadang pelanggan naik jemu, detail simple sahaja tetapi hashtag berderet-deret. 

Buat hashtag yang pelanggan mudah nak cari. Biase sal buat hashtag (#totebag #totebagmurah #totebagmalaysia #totebagcustom) itu sahaja. Kalau kita nak buat hashtag, kita bayangkan kita pembeli nak beli barang,mesti taip yg umum dan mudah.

4) Waktu post gambar @ paid review



Ini waktu yang amat penting untuk iklankan produk kita. Tak kira nak upload gambar produk @ paid review kita perlu ambil kisah benda ini. Biasa sal akan post gambar produk waktu petang dalam pukul 4.30ptg -7.00ptg. kalau malam kol 8.00mlm-11.00mlm. Kenapa sal pilih waktu ni??? sebab waktu ni orang mula balik kerja dan waktu rehat. Mase ni "waktu puncak" orang belek2 handphone bagi yang bekerja @ masih belajar. Same juga pemilihan waktu untuk paid review, sal pilih  malam & cuti sekolah (Sabtu & Ahad). 


Ini sahaja tips yang dapat sal kongsikan, harap dapat membantu perniaga online supaya lebih maju. dan berjaya,InsyaAllah ,sekian terima kasih =)










Tuesday, 15 December 2015

Koleksi Totebag 100% handpainted by Saljiahcraft

Assalamualaikum, hari ini nak tunjukkan koleksi totebag yang sal buat untuk customer. Tapi ada juga gambar yang tak sempat ambil....huhuhu.

Ada design dari customer dan ada juga dari sal juga. Totebag yang sal jual ada dua jenis warna iaitu hitam dan putih. Boleh pilih mengikut kehendak pelanggan. 

Harga juga bergantung kepada design dan warna yang diguna. Harga dikenakan dari Rm 25 sehingga Rm 35 sahaja dan mampu milik.

Cat yang digunakan sangat bermutu dan sesuai untuk kain canvas. Totebag yang sal juga bukan kain belacu atau cotton yang sesetengah penjual jual. Sal lebih suka guna canvas sebab lebih tebal dan bermutu.

Jom kita cuci mata gambar yang sal buat, kot2 berkenan ke..hihihi..=), sekian terima kasih














Sunday, 13 December 2015

Nak Cari sponsor ??? Saya sudi mnjadi sponsor utk giveaway anda


Assalamualaikum, korang...hihi. Lame tak update blog. Sekarang sal tengah open untuk menjadi sponsor giveaway. Jadi sesiapa yang ingin buat giveaway tapi tak ade sponsor boleh boleh pm di page saljiahcraft. Tapi terhad kepada 2 giveaway sahaja buat masa ini.  Ini kali kedua sal cari giveaway di blog. Jangan segan @ malu nak bertanya ye.. =)

Sunday, 5 July 2015

Cari Kerja Sambil Berniaga

Assalamualaikum...

Lama tidak bercoleteh kat blog..huhuhu. Alhamdulillah baru habis pengajian dalam bidang Civil Engineering di UTM,Skudai. InsyaAllah akan konvo dalam bulan 9 atau 10 tahun ini.


Alhamdulillah, siap juga Projek Tahun Akhir...weeee

Dalam otak pemikiran masih berfikir untuk berkerja atau berniaga. Sal dari dulu minat berniaga..hihihi. InsyaAllah rezeki ada dimana-mana asal kita berusaha dan halal.

Dengan ini, Sal buka tempahan untuk totebag, plushie, handphone case, flower bouquet dan lain-lain. Sesiapa yang ada instagram boleh follow SaljiahCraft...hihihi.



Wednesday, 4 February 2015

Tempahan Monster Plushie

Salam,blogger sekalian..lama tak update blog ni. Sal sibuk siapkan tempahan dan kumpulkan stok. Hari ini update pasal  " monster plushie". Makin bertambah anak-anak monster ini..haha.

Sekarang Sal tengah cari "vendor butik" yang sesuai. Kalau korang tahu butik mana yang tengah cari vendor, boleh komen kat bawah. perhargaan anda amat dihargai =)...hihi


Jom belanja gambar dekat sikit..hihi


harga lain-lain mengikut saiz dan rekaan


monster ini dari planet marikh..haha


kalau anda ingin buat tempahan:
boleh whatsapp: 014-8188020 (sal)
atau pm page sal: Saljiah Craft

Harga: RM20 sahaja ( 1pcs)





Saturday, 31 January 2015

Tempahan Ring Pillow

Salam blogger sekalian. Hari ini nak update pasal "Ring Pillow"...hihi. Biasa digunakan untuk majlis akad nikah dan pertunangan . Rekaan yang Sal buat ini simple dan menarik. Dan tak terlalu serabut, ala-ala "garden" gitu..hihihi


Cincin sekadar hiasan

Warna digunakan hijau gelap digabungkan dengan riben pink gelap dan Sal menggunakan kain putih sebagai latar belakang.

Available
Bahan: Felt dan Belacu
Harga: RM 20 
Saiz : 12cm x 12cm

Jika berminat untuk buat tempahan: boleh pm di page Saljiah Craft atau whatsapp Sal.
Sekian Terima Kasih..



Friday, 30 January 2015

Jom join Giveaway Ini

Salam, blogger sekalian. Jom join Giveaway ni. Sal jadi sponsor untuk GA ini. Tempoh GA ini selama seminggu sahaja. So, cepat dapat umum pemenang..hihi. Jangan lupa join, rugi tak join tau. nak tahu hadiah apa Sal sponsor, "Click" dibawah.


Click disini untuk join GA:



Sekian Terima Kasih..

Jom order

Name:
Email Address:
Handphone Number
Address
Item and Requests
Payment Options

Get your own free form like this one.