Saturday 15 October 2016

Tips pemasaran di instagram

Assalamualaikum,semua. Lama tak update blog dah bersarang dah..huhuhu. Alhamdulillah hari ni sal agak sibuk dengan bisnes kraf di instagram. Pelanggan tak putus-putus wasap atau DM di instagram nak tempah bag. Sesiapa yang belum follow instagram sal, boleh folllow ye =)

 Instagram sal: @saljiahcraft 

Buat masa sekarang sal lebih fokus jualan di instagram berbanding di facebook @ blog. Jadi sal boleh ceritalah tips pemasaran yang sal gune di instagram. Sesiapa yang berniaga lama atau masih baru dalam perniagaan online, insyaAllah perkongsian ilmu ini dapat membantu.

Antara tipsnye:-

1) Gambar mesti cantik




Instagram ni tempat orang kongsikan gambar lawa dan photoshoot yang gempak. kalau anda perasan IG yang popular dan followers ramai tu semuanya gambar cantik. Orangnya cantik, makeup, baju semua bende lah cantik, padahal kehidupan realiti biasa-biasa sahaja. Jadi, perniagaan yang ada produk tu perlulah ambil gambar dengan sudut yang sesuai. Janganlah ambil gambar atas tilam atau lantai, menyebabkan pandangan pertama pelanggan pada nilai produk anda jadi "low". Bila hari- hari kita "update" gambar yang gempak dan cantik, hari-hari pengunjung nak singgah IG anda. Sal lebih suka background gambar produk berwarna putih, macam gambar di bawah.


 Berlatarkan warna putih adalah jalan terbaik untuk menonjolkan produk anda. Nampak bersih dan sedap mata memandang =).

2) Iklan  





JANGAN KEDEKUT keluarkan modal untuk iklan kerana itu benda penting dalam pemasaran. Sekiranya nak followers yang bermutu dan aktif perlulah keluarkan modal sikit. Kalau bajet tak ada, iklan yang murah pun ada untuk anda. Mula-mula sal buat iklan Rm10 sahaja, selepas tu Rm20 sehingga Rm50. Alhamdulilah,sekarang sal bajetkan untuk iklan Rm200 sehingga  RM300 sebulan. Jadi JANGAN KEDEKUT nak buat iklan ye. 

Iklan sal guna di instagram ialah "paid review" & "gift review".Tetapi, sal dah stop buat "gift review" disebabkan banyak masalah, ada barang tak sampai dan kene tipu pun ada senyap macam tu je. 

Paid review antara iklan yang sal selalu buat setiap bulan, kecuali tempahan dah penuh. Paid review ni anda kena berhati-hati ye, kat instagram ni ada followers yang "fake" tau. Sebab tu ada yang mat salleh @ bangsa lain yang like gambar kita. kecuali produk yang anda  nak pasarkan ke luar negara jadi, ini tak ada masalah. 

Cara-cara nak check followers yang "fake"
  • Jangan tertipu dengan gambar like yg beratus2 tu,cuba check dahulu.
  • Check siapa yang like gambar tuan tanah instagram(paid review) itu. Ramai orang Malaysia @ Mat salleh takpun bangla...huhuhu

Walaupun harga yang murah,tapi followers yang "fake" tak guna juga. Anda juga rugi. Jadi berhati-hati ye jangan sampai tertipu sebab ada yang berniaga paid review ni untuk dapat keuntungan semata-mata.

3) # Hashtag


Hashtag  adalah medium iklan yang percuma untuk peniaga online di instagram, rugi korang tak buat hasthtag ni. Tetapi, jangan la buat hashtag yang panjang berjala tu. Kadang pelanggan naik jemu, detail simple sahaja tetapi hashtag berderet-deret. 

Buat hashtag yang pelanggan mudah nak cari. Biase sal buat hashtag (#totebag #totebagmurah #totebagmalaysia #totebagcustom) itu sahaja. Kalau kita nak buat hashtag, kita bayangkan kita pembeli nak beli barang,mesti taip yg umum dan mudah.

4) Waktu post gambar @ paid review



Ini waktu yang amat penting untuk iklankan produk kita. Tak kira nak upload gambar produk @ paid review kita perlu ambil kisah benda ini. Biasa sal akan post gambar produk waktu petang dalam pukul 4.30ptg -7.00ptg. kalau malam kol 8.00mlm-11.00mlm. Kenapa sal pilih waktu ni??? sebab waktu ni orang mula balik kerja dan waktu rehat. Mase ni "waktu puncak" orang belek2 handphone bagi yang bekerja @ masih belajar. Same juga pemilihan waktu untuk paid review, sal pilih  malam & cuti sekolah (Sabtu & Ahad). 


Ini sahaja tips yang dapat sal kongsikan, harap dapat membantu perniaga online supaya lebih maju. dan berjaya,InsyaAllah ,sekian terima kasih =)










5 comments:

Jom order

Name:
Email Address:
Handphone Number
Address
Item and Requests
Payment Options

Get your own free form like this one.