Thursday, 30 January 2014

Handphone Case untuk jenis Alcatel dan Samsung(S3)

Salam, blogger2 sekalian. Hari ini nak cerita pasal tempahan untuk Handphone Case. Saljiah Craft menerima 2 jenis saiz berbeza dan rekaan yang berlainan mengikut kehendak pelanggan.

Pertama ialah Handphone Case untuk jenis Alcatel. Handphone Alcatel ini susah nak cari sarungnya, jadi pelanggan nak mengikut temanya, iaitu pokok dan bunga.



Pokok dan bunga Saljiah Craft mencari idea daripada gambar dibawah dan selepas diolah dan direka jadilah rekaan ini.Pelanggan inginkan warna merah sebagai warna tema .

Pokok paku pakis sebagai salah satu contoh untuk rekaan.

Seterusnya pokok semalu antara salah satu rekaan.
Jom kita secara dekat daripada olahan 2 jenis tumbuhan untuk menghasilkan rekaan Handphone Case ini

 Daripada pokok paku pakis terhasilah rekaan ini. 


Ilham daripada pokok semalu. ditambah dengan butang dapat menghasilkan lebih menarik dan nampak lebih padat.

Seterusnya Handphone case untuk handphone Samsung(S3), rekaan ini juga bertemakan kehijauan. Tetapi SaljiahCraft mencari kelainan iaitu dengan menambah burung hantu sebagai pelengkap tambahan. Tema yang diinginkan warna hijau. Jom kita lihat secara dekat Handphone case ini.


Element daun juga penting untuk rekaan Handphone case ini. Campuran warna hijau muda dan krim nampak lebih seimbang dan menyerlah. 


Seterusnnya, menambahan burung hantu dan dahan kayu juga antara salah satu rekaan Handphone Case ini.


Bahagian dalam untuk rekaan Handphone Case ini.


Jika anda berminat untuk menempah handphone case ini, Sila klik di page Saljiah Craft.
100% jahitan tangan oleh Saljiah Craft..^_^
Jangan malu, jangan segan...=)



Wednesday, 22 January 2014

Felt handbouquet untuk raja sehari

Salam, hari nak cerita pasal felt handbouquet yang menjadi kegilaan sejak akhir ini. Di eropah, dah banyak terjual Felt Handbouquet ini. cuba anda search internet dan lihat, bermacam2 jenis yang cantik yang dapat dihasilkan menggunakan kain felt ini.

Saya menggunakan 1 meter kain felt untuk membuat satu Felt handbouquet ini. dan inilah hasilnya..
saya menggabungkan 4 warna iaitu pink,hijau,coklat cair dan coklat pekat. 

Sesuai untuk pengantin berbaju ungu dan putih. Saya menerima pelbagai warna dan rekaan untuk
anda semua.Jom kita lihat secara dekat lagi...^_^



Bagi anda menyukai warna yang terang, Felt bouquet ini sesuai untuk anda. Saiz handbouquet ini besar dan nampak cantik dipakai untuk pengantin perempuan.


saiz diameter Felt handbouquet ini ialah 9 inci dan mempunyai 20 kuntum bunga dengan saiz berbeza.
jangan risau, bunga ini tidak akan layu, 100% handmade dan menggunakan 100% kain felt. Selain itu, Felt handbouquet ini  boleh disimpan atau kenangan selepas perkahwinan bukannya dibuang begitu sahaja.



jika anda berminat, sila pm saya di page facebook. Harga bergantung design n saiz untuk 1 felt handbouquet.
Tempahan awal amat- amat digalakkan..
kami memenuhi impian anda ^_^
Selamat Pengantin Baru..

Saturday, 18 January 2014

Ustazah ,mu tunggu aku datang. Nak bagi Something..

Salam,.dah lame xupdate blog.Hari nak citer pasal "Ustazah, mu tunggu aku datang, nak bagi something". sebenarnya nak bagi keychain name ni, sebagai hadiah. Keychain ni ditempah oleh seorang hamba Allah yang sayang sangat kat kawan2 die. sebagai tanda persahabatan keychain ini sebagai pengubat rindu dikala berada berjauhan.
Tempahan ni dah lame sebenarnya, Sal terlalu sibuk dengan study. So, tempahan ni tertangguh. Nasib baik hamba Allah ni bersabar...huhuhu. Semoga ikatan persahabatan ukhuwah sehingga ke akhir hayat..Amin.
Sebenarnya, semua nama2 ni dari junior Utmkl, walaupun sal dah study kat UTM JB, ade junior teruskan perjuangan di sana.. Akak rindu kamu...^_^..InsyaAllah korang semua akan akan jadi Ustazah..
#Persatuan Mahasiswa Islam#

Jika berminat, anda boleh tempah di page Saljiah Craft..TQ =)




Jom order

Name:
Email Address:
Handphone Number
Address
Item and Requests
Payment Options

Get your own free form like this one.